Tasik Kenyir
Keindahanmu sejauh mata memandang
Pesonamu tak pernah kurang
Kedamaian ada di sini
Kata-kata itulah yang sentiasa menggamit PERANGSANG ANGLERS untuk ke Tasik Kenyir setiap tahun. Istimewanya memancing di sini ialah ahli-ahli keluarga akan turut serta untuk bersama-sama menikmati keindahan alam semulajadi sambil melakukan hobi kami memancing.
Tasik ini mempunyai pemandangan lanskap yang indah dan tempat yang baik untuk merehatkan diri dari kesibukan hidup di kota. Kehijauan hutan yang mengelilingi kawasan tasik mewujudkan pemandangan yang menenangkan.
Tasik Kenyir terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Perjalanan dari Shah Alam mengambil masa 7 jam melalui Lebuhraya Karak ke Lebuhraya Jerengau-Jabor dan terus ke Kuala Berang.
.
Kami menggunakan Pengkalan Gawi bagi memulakan ekspedisi ke lubuk pemancing seperti di Sg.Chaching dan Sg. Terenggan, biasanya mengambil masa 4-5 jam perjalanan. Kami menggunakan houseboat kerana dirasakan lebih adventure berbanding menginap di resort.
Kadar sewa bagi sesebuah rumah bergantung kepada saiz dan kemudahan di dalamnya. Secara purata diantara RM350-RM380 satu kepala atau harga pakej diantara RM2000-RM2,600 untuk 3 hari/2 malam. Rumah bot ini dilengkapi dengan dapor dan kelengkapan memasak, tandas, TV, pangkin dan selesa untuk seramai 20 orang.
Kumpulan kami akan berpecah kepada beberapa kumpulan kecil, samada untuk memancing di atas rumah bot atau menyusuri dan berkhemah ke hulu sungai untuk memburu Kelah.
Hasil pancing memang berbaloi banyak seperti Lampam, Kelah, Toman, Belida, Tilan, Pepatung danTemperas. Berikut dilampirkan antara gambar-gambar aktiviti kami di Tasik Kenyir:
|
Wajah keseronokan berada di Tasik Kenyir |
|
Houseboat yang kami sewa |
|
Atan dan Kristy dengan hasil pancingan mereka |
|
Jeff dan Toman, hasil hari ke2 |
|
Siti dan Belida juga hasil pancing hari ke2 |
|
Hasan dan Pepatung hasil pancing di Sg.Chaching |
|
Heheh...Pojie tumpang bergambar |
|
Fauzi dan Lampam |
|
KRoll dan Temperas |
|
President's Wife memasak hasil tangkapan |
|
Zurai (kanan) dan Siti (kiri) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan